WebThis Site
Bengkel Kemahiran Rundingan

PENGENALAN

Dalam usaha organisasi mencapai visi, misi dan matlamatnya, ia tidak dapat lari dari menjalankan program usahasama dengan rakan kongsi perniagaan yang lain. Perkongsian ini memerlukan pemahaman dan rundingan yang cukup teliti agar kedua-dua pihak mendapat faedah yang saksama dan adil. Begitu juga dalam mendapatkan hasil rundingan yang berkesan dari jabatan lain, para pelanggan, vendor, kontraktor, dan sebagainya kakitangan yang terlibat dalam proses rundingan ini mestilah mempunyai kemahiran berunding yang efektif dan berkesan.

Rundingan adalah prosess:

  • interaksi dan komunikasi dengan seseorang;
  • membuat keputusan bersama dalam menyelesaikan sesuatu isu;
  • menyelesaikan masalah dimana satu kumpulan orang secara sukarela membincang perbezaan dan mencuba menyelesaikan masalah mereka bersama; dan
  • memberi dan menerima sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.

Kakitangan yang terlibat dalam proses rundingan perlulah memahami proses rundingan seperti yang senaraikan di atas. Program tiga hari dua malam ini bertujuan membantu kakitangan dalam menghasilkan rundingan yang efektif dan berkesan.

OBJEKTIF

Di akhir program ini para peserta akan:

  • Memahami konsep dan proses perundingan yang berkesan;
  • Memahami pentingnya perundingan  dalam mewujudkan hubungan yang harmoni antara kedua pihak yang berunding; dan
  • Dapat mempraktikan teknik-teknik rundingan agar dapat mendatangkan hasil yang positif di-akhir rundingan.

BILANGAN  PESERTA

Peserta maksima 30 orang.

BAHASA PENGANTAR DAN METODOLOGI

Bahasa penyampaian adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris mengikut keperluan penganjur.  Program akan menggunakan beberapa metodologi pembelajaran dewasa yang memerlukan penglibat peserta seperti ceramah, perbincangan, soal jawab dan permainan minda.

TEMPOH, TARIKH DAN TEMPAT

Program ini adalah untuk tempoh dua (2) hari pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan.

KANDUNGAN DAN PROGRAM

Hari 1

Modul 1 – Pentingnya rundingan yang berkesan

  • Definisi perundingan
  • Mengapa kita perlu berunding

Modul 2 – Teori dan perancangan rundingan

  • Teori-teori perundingan
  • Konsep & proses perundingan

Modul 3 – Teknik dan persiapan rundingan

  • Teknik-teknik perundingan
  1. 5 P perundingan
  2. Faktor kejayaan perundingan
  • Mengetahui mandat anda

Proses berunding

Hari 2

`Best Alternative To a Negotiated Agreement’ (BATNA)

Modul 4 - Strategi Rundingan

  • Masalah berunding

Gerak laku dan persepsi

  • ‘Mental block’
  • `Stress’ dan ‘deadlock’
  • Isu, konflik dan ‘rapport’
  • Soalan, mendengar dan gerak badan.

Modul 5 - Simulasi perundingan

  • Menilai proses dan hasil rundingan

Rumusan dan penutupan kursus