WebThis Site
Penyeliaan Kakitangan Bermasalah Untuk Mengurangkan Ketidakhadiran

Pengenalan

Ketidakhadiran adalah situasi dimana seseorang kakitangan gagal menghadirkan diri di tempat kerja untuk bertugas pada masa yang ditetapkan. Kadar ketidakhadiran kakitangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif kepada kelancaran operasi sesebuah organisasi. Pengurusan jabatan yang berhadapan dengan masalah ketidakhadiran tinggi akan menghadapi kesukaran untuk merancang guna tenaga manusia secara efektif. Dalam keadaan yang kritikal, kadar ketidakhadiran tinggi boleh menjejaskan kelancaran operasi. Adalah menjadi matlamat organisasi untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran kakitangan kepada tahap minima.

Banyak kajian telah menunjukkan hubungkait yang kuat antara ketidakhadiran dengan masalah disiplin kakitangan. Biasanya kakitangan yang mempunyai rekod ketidakhadiran tinggi juga mempunyai masalah berkaitan disiplin yang lain. Kakitangan begini selalunya dikenalpasti sebagai kakitangan bermasalah (problematic employee). Oleh itu adalah perlu untuk syarikat untuk melihat masalah ketidakhadiran dan kakitangan bermasalah secara bersekali.

Tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ketidakhadiran dan kakitangan bermasalah bukan terletak pada Jabatan Sumber Manusia sahaja. Pihak pengurusan jabatan seperti ketus kumpulan, penyelia, eksekutif, jurutera, penolong pengurus dan pengurus perlu sama-sama bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini. Malahan perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih berkesan dengan penyertaan aktif pengurusan jabatan kerana mereka lebih rapat serta memahami keadaan kakitangan yang terlibat.

Program ini adalah bertujuan untuk melatih kumpulan penyeliaan seperti juruteknik. ketua kumpulan, penyelia dan eksekutif akan teknik-teknik menyelia kakitangan bermasalah serta pengurusan ketidakhadiran.

 

Objektif

Di akhir program ini, para peserta akan:

  • Memahami masalah ketidakhadiran & pekerja bermasalah;
  • Memahami implikasi ketidakhadiran yang tinggi & pekerja bermasalah;
  • Boleh mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran & kewujudan pekerja bermasalah;
  • Memahami peruntukan undang-undang berkaitan ketidakhadiran & pekerja bermasalah;
  • Memahami strategi untuk membasmi ketidakhadiran & pekerja bermasalah; dan
  • Menyediakan dan melaksanakan plan tindakan membasmi ketidakhadiran & pekerja bermasalah.

 

Methodologi

Kursus akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan teknik pembelajaran dewasa seperti kuliah, kajian kes, perkongsian pengalaman, permainan pembelajaran, latihan kerja individu / berkumpulan yang memerlukan penglibatan aktif peserta.

 

Kumpulan sasar & jumlah peserta

Program ini sesuai untuk dihadiri oleh 30 orang (maksima) peserta yang terdiri daripada kumpulan penyeliaan yang terlibat dengan operasi secara langsung seperti ketua kumpulan, penyelia dan eksekutif.

 

Jangkamasa kursus

Program ini adalah untuk tempoh dua (2) hari.

 

Kandungan kursus

HARI 1

Sessi I

  • Peranan pekerja dalam operasi
  • Kelakuan dan kecenderungan kakitangan
  • Definisi ketidakhadiran
  • Ketidakhadiran dirancang dan ketidakhadiran tidak dirancang
  • Implikasi ketidakhadiran terhadap operasi

Sessi II

  • Strategi membasmi ketidakhadiran
  • Peruntukan undang-undang berkaitan ketidakhadiran

 

HARI 2

Sessi I

  • Mengenalpasti pekerja bermasalah
  • Menyelia kakitangan bermasalah
  • Teknik-teknik menangani pekerja bermasalah

Sessi II

  • Penyediaan plan tindakan & penetapan matlamat
  • Persembahan kumpulan
  • Rumusan dan penutup